Sunday, April 11, 2010

NOVEL PANAS SALJU

SINOPSIS BAB DEMI BAB

BAB 1


Zulkifli sekeluarga dalam perjalanan ke kampung isterinya di Kampung Sungai Baru, Melaka untuk menghadiri kenduri arwah adik isterinya yang telah meninggal dunia dua puluh tahun yang lalu. Dalam perjalanan, dia membantu pasangan suami isteri yang mengalami kemalangan jalan raya di simpang ke Kampung Melewar. Kereta mereka terjunam ke dalam parit. Zukifli menghantar pasangan suami isteri tersebut ke Hospital Seremban, kemudian membuat laporan di balai polis. Bushrah, tidak setuju Zulkifli membantu mereka kerana menurutnya mangsa kemalangan itu berbangsa Sikh bukan berbangsa Melayu, lagipun mereka perlu sampai ke rumah sebelum pukul 9.00 malam.

Apabila sampai di rumah ibu Bushrah, kenduri telah selesai, malah keluarga Bushrah telah tidur. Zulkifli memberitahu segala peristiwa yang berlaku. Bapa mertua Zulkifli, iaitu Pak Ramli memuji sikap Zulkifli yang baik hati dan bertimbang rasa. Mereka menyuruh Zulkifli sekeluarga makan dan berehat.

Keesokan hari, Zulkifli sekeluarga pulang ke rumah ibu bapanya di Felda Ulu Tebrau, Johor untuk meraikan perkahwinan Nazirah, adik perempuan Zulkifli. Dari Kuala Linggi, Zulkifli memandu ke Felda Ulu Tebrau melalui jalan lama. Ketika melalui selekoh jalan ke Kulai, kereta Zulkifli rosak. Seorang pemuda Cina yang baru balik daripada menoreh getah membawa Zulkifli ke bengkel kereta di Simpang Renggam. Setelah kereta mereka dibaiki, mereka meneruskan perjalanan ke Felda Ulu Tebrau.

BAB 2

Pada hari perkahwinan adiknya, Zulkifli berbual-bual dengan Muliyadi, iaitu rakan sekolahnya yang bertugas sebagai pensyarah di ITM Shah Alam, Selangor. Muliyadi berkahwin dengan wanita Perancis bernama Saleha Brigitte. Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu, Suliono Dimitri dan Kartini Colette. Muliyadi memberitahu Zulkifli bahawa dia mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat Ph.d. dalam bidang kartun di Universiti Kent, England. Semasa berbual-bual Muliyadi menyatakan persetujuannya untuk memberi ceramah motivasi kepada pelajar Sekolah Felda Ulu Tebrau. Zulkifli memberitahu Muliyadi tentang anak sulungnya, Nadhirah yang mengalami penyakit hati. Muliyadi menyarankan agar Zulkifli memohon derma daripada ahli korporat untuk membiayai rawatan anaknya itu.

BAB 3

Oleh sebab bantuan daripada Yayasan Kebajikan Negara belum menjawab, Zulkifli dan Bushrah bersetuju menghebahkan penyakit yang dideritai oleh anaknya melalui akhbar Utusan Melayu. Mereka memerlukan wang sebanyak RM350 000 untuk membiayai kos rawatan Nadhirah di London. Mereka juga sering berdoa semoga ada orang yang bersimpati dan mahu menghulurkan bantuan kerana penyakit Nadhirah semakin serius.

BAB 4
Pada pukul 11.00 pagi, Zulkifli telah sampai ke perkarangan Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin. Dia memaklumkan tujuan kedatangannya kepada Mohammad Yusof, iaitu wartawan yang bertugas di bahagian penyiaran. Zulkifli menceritakan latar belakang keluarga dan keadaan kesihatan Nadhirah yang semakin tenat. Zulkifli juga menyerahkan beberapa keping gambar dan nombor telefonnya kepada Mohammad Yusof. Mohammad Yusof berjanji akan menyiarkan rencana tentang Nadhirah di muka depan akhbar Utusan Melayu pada hari esok.

Dari pejabat urusan Utusan Melayu, Zulkifli ke Hospital Kuala Lumpur untuk menguruskan permohonan pertukaran tempat kerja. Zulkifli juga mengisi borang untuk mengikuti kursus anjuran Pusat Islam. Selepas itu dia mengambil isterinya di Sekolah Bandar Tun Razak ( 2).

BAB 5

Zulkifli dan Bushrah mengambil cuti selama satu hari untuk mengikuti kursus “Anak Cemerlang” di Dewan Muktamar, Pusat Islam, anjuran NURY. Mereka menghantar Nazli, ke rumah pengasuhnya di Flat Sri Labuan manakala Nadhirah tinggal bersendirian di rumah. Penceramah kursus ialah Dr. Noor Laily dan Hj. Mansor Sukaimi. Sesi ceramah bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Tajuk ceramah ialah cara-cara mendidik anak supaya menjadi anak yang cemerlang menurut pandangan Islam dan sains. Sebahagian besar peserta kursus ialah kaum ibu. Zulkifli dan Bushrah berazam mahu mendidik anak-anak mereka menjadi anak-anak yang berguna.

BAB 6

Penduduk Bandar Tun Razak gempar setelah membaca cerita Nadhirah yang disiarkan pada muka surat depan akbar Utusan Melayu. Mereka tidak menyangka bahawa seorang daripada penduduk di taman mereka mengalami penyakit yang kronik. Cikgu Azahari, guru besar Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak ( 2 ) juga berjanji akan melancarkan kutipan derma untuk membantu membiayai perbelanjaan Nadhirah. Bushrah berasa sangat terharu melihat reaksi jiran tetangga dan rakan-rakan setugas.

BAB 7

Tan Sri Shamsuddin, Pengarah Sapura Holding membaca rencana tentang Nadhirah. Beliau menelefon isterinya Puan Sri Sapura untuk menyatakan hasratnya menanggung kos rawatan Nadhirah di London. Tan Sri Shamsuddin meminta setiausahanya, Wan Zaleha menghubungi akhbar Utusan Melayu untuk mendapatkan butiran lanjut tentang keluarga Nadhirah. Tan Sri Shamsuddin membuat panggilan ke rumah Nadhirah. Nadhirah yang menjawab panggilan telefon kerana ibu dan bapanya tiada di rumah. Tan Sri Shamsuddin menelefon sekali lagi pada pukul 3.00 petang untuk memberitahu kesediaannya membiayai kos perubatan Nadhirah di London. Beliau juga menjemput Zulkifli datang ke pejabatnya.

BAB 8

Zulkifli sampai di perkarangan Syarikat Sapura Holding di Lembah Keramat pada pukul 9.10 pagi. Zulkifli menemui Tan Sri Shamsuddin. Tan Sri Shamsuddin menyatakan kesanggupannya menanggung semua kos rawatan Nadhirah di London. Tan Sri Shamsuddin menyerahkan cek bernilai RM 50 000 untuk kos pengurusan dan tambang Zulkifli sekeluarga dan bakinya akan diberikan kemudian. Sebelum pulang, Zulkifli mengucapkan terima kasih dan akan memberitahu Tan Sri Shamsuddin tarikh pemergian mereka ke London. Zulkifli singgah di Bank Simpanan Nasional untuk memasukkan cek ke dalam akuannya dan terus ke pejabatnya semula untuk bekerja.

BAB 9

Mohammad Yusof menemu ramah Bushrah dan Zulkifli di rumahnya. Dia ingin tahu akan reaksi Bushrah setelah mendengar banyak yang menentang hasratnya untuk memindahkan sebahagian hatinya kepada Nadhirah. Bushrah bertindak tegas dalam hal ini dan dia tetap mahu memindahkan sebahagian hatinya kepada Nadhirah kerana dengan cara itulah saja dia dapat memastikan anak gadisnya itu terus hidup. Zulkifli tidak dapat membantu kerana organ hatinya tidak sesuai untuk tubuh Nadhirah. Dia amat menghargai pengorbanan isterinya dan menyerahkan keselamatan anak dan isterinya kepada takdir. Mereka mengucapkan terima kasih kepada Mohammad Yusof kerana sudi menyiarkan rencana tentang Nadhirah dalam akhbar Utusan Melayu tempoh hari.

BAB 10

Pada suatu malam, Bushrah, Nadirah dan Nazli menonton filem Melayu Klasik bertajuk Panca Delima yang ditayangkan di kaca televisyen. Nadhirah dan ibunya sangat terpesona oleh seni kata dan irama lagu “ Kasihnya Ibu ” karya P.Ramlee. Bagi mereka, seni kata lagu tersebut sangat menyentuh kehidupan mereka sekeluarga. Ketika itu, Zulkifli sedang menaip skrip drama berjudul “ Musibah ” dalam biliknya.

BAB 11

Zulkifli menerima surat yang dikirimkan oleh Muliyadi dari London. Muliyadi sekarang sedang melanjutkan pengajian Ph.d. di England. Muliyadi mengucapkan terima kasih kepada Zulkifli yang telah mengirimkan rencana-rencana yang telah tersiar di tanah air. Muliyadi juga mengucapkan tahniah kepada Zulkifli yang telah menerima anugerah penulisan esei tentang P.Ramlee.

BAB 12

Pada hari Isnin, pukul 9.00 pagi, Zulkifli, Bushrah dan Nadhirah menemui Dr. Gheethan di Hospital Kuala Lumpur. Dr. Gheethan menerangkan fungsi hati dalam diri manusia. Dr. Gheethan juga menerangkan risiko pembedahan yang akan dialami oleh mereka. Dr. Gheethan menetapkan tarikh janji temu yang berikutnya sebelum mereka bersurai.

BAB 13

Zulkifli bersama-sama isteri dan anaknya pulang ke Melaka. Sewaktu mereka sampai di kampung, hanya emak mertuanya yang ada di rumah. Sejurus kemudian, Pak Ramli pulang. Sewaktu minum petang, bapa mertuanya memberitahu Zulkifli bahawa dia telah kehilangan kerja sebagai penambang perahu semenjak jambatan yang menghubungkan Negeri Sembilan dengan Melaka dibina. Zulkifli berjanji akan menemani bapa mertuanya berjumpa dengan wakil rakyat untuk mendapatkan lesen dan tapak kedai untuk berniaga. Setelah itu, Bushrah memberitahu tujuan mereka pulang ke kampung, iaitu untuk meninggalkan Nazli kerana mereka mahu berangkat ke London. Ibu dan bapa Bushrah terkejut kerana selama ini mereka tidak tahu bahawa Nadhirah sakit.

BAB 14

Nadhirah dibenarkan berehat dan belajar sendiri di rumah. Semenjak dia sakit, Cikgu Khairani selalu mengajarnya di rumah. Cikgu Khairani juga membawa kertas-kertas soalan supaya Nadhirah dapat mengulang kaji pelajaran. Cikgu Khairani memuji Nadhirah yang tabah untuk belajar walaupun sakit. Dia juga mendoakan supaya Nadhirah selamat menjalani pembedahan di kota London.

BAB 15

Kira-kira empat puluh orang penghuni Jalan Mewah Satu menghadiri majlis kenduri doa selamat sempena pemergian Nadhirah beserta ibu bapanya ke kota London. Imam Ghazali yang mengetuai majlis tersebut. Banyak tetamu yang bertemu dengan Nadhirah dan mendoakan agar Nadhirah dan ibunya selamat. Sebelum bersurai, mereka menghulurkan derma. Gunawan juga berjanji akan menghantar keluarga Zulkifli ke lapangan terbang pada hari mereka berangkat ke London. Setelah majlis kenduri selesai, Zulikifli memberitahu isterinya bahawa permohonan pertukarannya bekerja di Melaka tidak diluluskan.

BAB 16

Apabila sampai pada hari yang ditetapkan, Gunawan menghantar Zulkifli, Bushrah dan Nadhirah ke lapangan terbang. Tan Sri Shamsuddin dan Puan Sri Sapura juga datang. Mereka berbual-bual mesra dengan keluarga Zulkifli semasa menunggu pesawat berlepas. Begitu juga saudara-mara, sahabat-handai, murid-murid, jiran-jiran dan guru-guru Nadhirah juga mengucapkan selamat jalan dan mendoakan semoga Bushrah dan Nadhirah selamat.

BAB 17

Zulkifli, Bushrah dan Nadhirah telah dua hari berada di kota London. Mereka menyewa sebuah rumah sewa. Nadhirah menyatakan bahawa dia hendak menjadi doktor bedah apabila dewasa kelak. Muliyadi melawat keluarga Zulkifli. Dia membawa buah tangan, iaitu nasi bungkus dan burger kerana dia tahu tentu sukar mencari makanan halal di kota London.

BAB 18

Bushrah tidak mahu suaminya berasa bersalah kerana tidak dapat menyumbangkan hatinya kepada Nadhirah. Menurut Zulkifli, sebagai ketua keluarga, dia yang sepatutnya berbuat demikian. Nadhirah begitu terharu akan sikap kedua-dua orang tuanya. Dia terkenang akan penyakit yang menyerangnya ketika dia berusia 10 tahun dan penyakit tersebut bertambah parah apabila dia berusia 14 tahun. Nadhirah juga pernah mendapat rawatan secara tradisional tetapi tidak berkesan. Nadhirah berdoa semoga pengorbanan ibunya tidak sia-sia. Setelah sembuh nanti, dia berazam mahu belajar bersungguh-sungguh hingga menjadi manusia yang berguna kepada bangsa, agama dan negara. Pada pukul 10.30 pagi, mereka menaiki teksi menuju ke hospital. Di hospital, mereka mendengar taklimat daripada Dr. Tan Kai Chah tentang prosedur pembedahan yang akan dijalani oleh mereka.

BAB 19

Pada pukul 8.00 pagi, Dr. Tan Kai Chah dan rakan-rakannya memulakan pembedahan. Mereka berjaya mengeluarkan sebahagian hati Bushrah ke dalam tubuh Nadhirah. Proses pembedahan berlangsung selama 14 jam. Zulkifli berserah kepada Allah kerana hanya Allah yang dapat menyelamatkan nyawa kedua-dua orang yang disayanginya itu. Pembedahan berjalan dengan lancar. Bushrah dan Nadhirah berada dalam keadaan stabil. Mereka dikehendaki tinggal di dalam hospital selama dua minggu untuk mendapatkan rawatan rapi, kemudian berulang-alik ke hospital sebagai pesakit luar.

BAB 20

Zulkifli dan Muliyadi melawat Nadhirah dan Bushrah di hospital pada pukul 1.00 tengah hari. Hari itu ialah hari ketiga Nadhirah dan Bushrah menerima rawatan rapi selepas dibedah. Kedua-duanya masih kelihatan lemah. Setelah memastikan kesihatan Bushrah dan Nadhirah stabil, doktor membenarkan kedua-duanya pulang ke rumah dan datang ke hospital hanya beberapa kali dalam seminggu untuk menjalani rawatan selanjutnya. Sewaktu berbual-bual dengan Zulkifli, Dr. Tan Kai Chah membayangkan hasratnya untuk pulang dan bekerja di Malaysia.

BAB 21

Muliyadi membawa Zulkifli, Bushrah dan Nadhirah bersiar-siar di kota London. Antara tempat yang dilawati ialah Istana Buckingham, Sungai Thames, Zoo London dan Muzium London. Mereka menaiki kereta sewa yang dipandu oleh Muliyadi. Mereka sangat gembira.

BAB 22

Dr. Tan Kai Chah menolak tawaran bekerja di negara Arab Saudi walaupun ditawarkan ganjaran yang tinggi kerana beliau mahu pulang dan bekerja di Malaysia. Pada hari itu, Zulkifli membawa Bushrah dan Nadhirah ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan terakhir. Dr. Tan Kai Chah menasihati Nadhirah dan Bushrah supaya menjaga kesihatan patuh akan amalan dan cara pemakanan yang betul supaya cepat sembuh. Kemudian mereka bergambar untuk kenang-kenangan. Pada hari Sabtu, Muliyadi sekeluarga menghantar Zulkifli sekeluarga ke Lapangan Terbang Heathrow.

BAB 23

Pesawat MAS yang ditumpangi oleh Zulkifli sekeluarga berlegar-legar di udara kerana Lapangan Terbang Antarabangsa Subang terbakar. Pada pukul 8.15 pagi, pesawat tersebut terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka. Mereka pulang ke rumah ibu bapa Bushrah di Kuala Linggi.

BAB 24

Selama lima tahun, Bushrah dan Nadhirah berulang-alik ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan seterusnya. Nadhirah telah meningkat dewasa. Dia menuntut di ITM dalam bidang perakaunan. Zulkifli bekerja sebagai pengarang sastera di akhbar Mingguan Malaysia. Bushrah sering sakit. Dia cepat berasa letih dan sakit pinggang kesan daripada pembedahan hati yang dilakukan lima tahun yang lalu. Akhirnya, Bushrah meninggal dunia pada malam Jumaat kerana sesak nafas.

Nadhirah bekerja di Bank Islam di Kuala Lumpur. Dia berkahwin dengan seorang doktor yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur. Nazli bersekolah di sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar. Zulkifli menyambung pelajaran pada peringkat sarjana sastera dan Ph.d. di USM. Setelah tamat pengajian, Muliyadi pulang ke Malaysia. Dia bertugas di ITM. Dr. Tan Kai Chah juga pulang ke Malaysia. Dia membuka “ Klinik Hati ”. Ibu dan bapa mertua Zulkifli telah meninggal dunia, yang masih hidup ialah ibunya, Mak Aminah yang tinggal di Felda Ulu Tebrau.

SINOPSIS KESELURUHAN

Novel ini mengisahkan kemelut yang melanda keluarga Zulkifli Md. Zain. Zulkifli bekerja sebagai pembantu hospital atau atendan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Isterinya Bushrah bertugas sebagai guru di Sekolah Bandar Tun Razak (2). Zulkifli mempunyai dua orang anak iaitu Nadhirah dan Nazli. Nadhirah menghidap penyakit hati dan hempedu yang bertambah kronik apabila usianya menjangkau 14 tahun. Zulkifli menghadapi masalah kewangan apabila Nadhirah disarankan agar mendapat rawatan di hospital pakar di London yang menelan belanja sebanyak RM350,000. Bushrah bersedia mendermakan sebahagian hatinya untuk menyelamatkan anaknya Nadhirah. Pelbagai pihak memberikan reaksi positif dan negatif terhadap pengorbanan Bushrah. Muliyadi, kawan lama Zulkifli mencadangkan supaya Zulkifli memohon bantuan daripada ahli korporat.Setelah berbincang dengan isterinya. Zulkifli mendedahkan masalah keluarganya melalui akhbar Utusan Malaysia. Berita penderitaan Nadhirah telah menarik perhatian Tan Sri Shamsuddin, iaitu Pengarah Sapura Holding. Beliau dan isterinya telah bersetuju untuk menghulurkan sumbangan sebanyak RM 350,000 bagi kos rawatan Nadhirah dan penginapan Zulkifli sekeluarga di London. Pembedahan pemindahan hati yang melibatkan kedua – dua pihak iaitu penderma dan penerima yang masih hidup julung – julung kali diadakan telah berjaya. Pembedahan itu diketuai oleh Dr Tan Kah Chai, anak Malaysia di Hospital King’s College. Zulkifli sekeluarga amat bersyukur atas kejayaan itu. Nadhirah dan Bushrah beransur–ansur pulih setelah menjalani pembedahan. Lima tahun berlalu ,Nadhirah melanjutkan pelajarannya di ITM, Shah Alam dalam bidang perakaunan. Zulkifli bertugas sebagai Pengarang Sastera di Mingguan Malaysia . Pada suatu malam Jumaat,
Bushrah mengalami sesak nafas dan menghembuskan nafas terakhirnya tepat jam 4.00 pagi. Masa terus berlalu, Nadhirah telah menamatkan pengajiannya dan bekerja di Bank Islam. Nadhirah juga telah mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor pakar bedah di HKL. Nazli memasuki sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar. Zulkifli telah memperoleh ijazah Sarjana Sastera di USM dan sedang menyambung pengajiannya ke peringkat Ph.D secara sambilan.

TEMA

Kasih sayang dan pengorbanan ibu bapa dalam usaha menyelamatkan nyawa anak mereka yang menghidap penyakit berbahaya.
  • Apabila kita menyayangi seseorang kita sanggup melakukan apa saja.
  • Bushrah sanggup mendermakan sebahagian hatinya kepada Nadhirah.
PERSOALAN

Tanggungjawab suami dan bapa

  • Sebagai ketua keluarga , suami memikul tanggungjawab yang berat.
  • Zulkifli telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai bapa dan suami dengan baik. Zulkifli sanggup membuat apa saja usaha untuk membolehkan anaknya mendapat rawatan segera di luar negara.
Peranan media massa
  • Media massa berperanan menyebarkan maklumat dan mempengaruhi pemikiran masyarakat terhadap isu–isu dan permasalahan semasa.
  • Berita penyakit Nadhirah mendapat perhatian masyarakat apabila tersiar di dada akhbar Utusan Malaysia. Pelbagai pihak menghulurkan bantuan seperti pihak sekolah, jiran–jiran dan Tan Sri Shamsuddin.
Keprihatinan masyarakat
  • Sikap masyarakat yang bekerjasama dan bersatu amat penting untuk meringankan beban orang yang berada di dalam kesusahan.
  • Guru – guru dan murid - murid mengutip derma untuk membantu keluarga Zulkifli.
  • Kesanggupan Tan Sri Shamsuddin membiayai kos rawatan Nadhirah menunjukkan keprihatinan masyarakat Malaysia.
Hubungan kekeluargaan dan persahabatan yang dijalin erat.
  • Hubungan yang baik antara ahli keluarga dan sahabat dapat membantu mengurangkan beban masalah yang ditanggung oleh seseorang.
  • Hubungan Zulkifli dengan ibu bapa dan mentuanya baik. Dia meninggalkan Nazli dalam jagaan mertuanya semasa dia, Bushrah dan Nadhirah ke London. Persahabatan Zulkifli dengan Muliyadi bertambah erat dan Muliyadi sentiasa memberi sokongan moral kepada Zulkifli semasa di London.
Kepentingan ilmu
  • Ilmu sangat penting untuk merubah corak hidup seseorang.
  • Zulkifli gigih menyambung pelajarannya di universiti walaupun mempunyai pekerjaan yang tetap.
  • Zulkifli berjaya mendapat ijazah Sarjana Sastera dan sedang melanjutkan pengajian ke peringkat Ph.d.
  • Muliyadi juga melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Ph.d di London. Kedua- dua sahabat ini berjaya merubah corak kehidupan masing–masing setelah berjaya dalam bidang akademik.
WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK UTAMA

ZULKIFLI

LATAR BELAKANG
  • Sudah berkeluarga. Isterinya bernama Bushrah.
  • Mempunyai 2 anak, Nadhirah dan Nazli.
  • Bekerja sebagai pembantu hospital di Hospital Kuala Lumpur secara kontrak.
  • Belajar secara sambilan di USM sehingga mendapat Ijazah Pertama.
  • Selepas kematian Bushrah, Zulkifli menyambung pengajiannya mendapatkan Ijazah Sarjana dan sedang meneruskan pengajian ke peringkat Ph.d.
  • Setelah tamat kontrak dengan HKL dia bekerja sebagai pengarang sastera di Mingguan Sastera.
  • Aktif menulis skrip drama radio dan pelbagai artikel di akhbar sejak bujang lagi.
  • Berasal dari Felda Ulu Tebrau dan menetap di Jalan Mewah Satu, Bandar Tun Razak, KL.
PERWATAKAN

Seorang yang bertanggungjawab.

  • Seorang suami, bapa dan pekerja yang bertanggungjawab.
  • Usahanya mencari kos rawatan Nadhirah bukti dia seorang bapa yang bertanggungjawab.
  • Dia juga seorang pekerja yang sentiasa mematuhi peraturan di tempat kerjanya.
  • Walaupun sibuk menguruskan pelbagai perkara berhubung masalah pembedahan Nadhirah., Zulkifli tidak mengabaikan tugasnya di pejabat.
Seorang yang gigih berusaha
  • Zulkifli melakukan pelbagai usaha untuk mengumpulkan kos rawatan Nadhirah.
  • Dia juga melakukan kerja – kerja sambilan seperti menulis skrip drama.
  • Gigih berusaha memperbaiki taraf hidupnya demi kesejahteraan mereka sekeluarga.
  • Dia belajar secara sambilan di USM sehingga mendapat ijazah pertama, ijazah Sarjana Sastera dan meneruskan pengajian ke peringkat Ph.d.
  • Kegigihannya juga ditunjukkan melalui tindakannya bertemu Mohammad Yusof di Pejabat Utusan Melayu, supaya berita tentang Nadhirah dapat disiarkan di akhbar agar dapat mengundang simpati orang ramai meringankan bebanan kos rawatan anaknya.
Seorang yang tabah dan cekal
  • Pelbagai dugaan dan cabaran kehidupan dilaluinya dengan semangat yang cekal.
  • Hatinya tabah menghadapi penyakit Nadhirah dan kematian isterinya.
  • Selepas isterinya meninggal dunia, dia terus tabah meneruskan pengajiannya sehingga ke peringkat Ph.d
  • Dia tabah menghadapi saat – saat cemas sewaktu pembedahan Nadhirah dan Bushrah.
Seorang yang baik hati dan bersimpati.
  • Peristiwa Zulkifli menyelamatkan pasangan Sikh yang terlibat dalam kemalangan menunjukkan sikap baik hati dan simpati kepada orang yang memerlukan pertolongan.walaupun dibantah oleh Bushrah.
Seorang yang berfikiran positif.
  • Bagi Zulkifli tidak ada masalah yang tidak boleh diatasi jika kita berusaha.
  • Dia yakin setiap kebaikan akan mendapat balasan yang baik.
  • Ketika keretanya rosak semasa perjalanan ke Felda Ulu Tebrau, dia tetap yakin ada orang yang akan membantunya, walaupun tiada kenderaan yang berhenti apabila dia menahannya.
  • Akhirnya seorang pemuda Cina bermotosikal telah menolong Zulkifli.
Seorang yang mengenang budi dan menghormati orang lain
  • Dia amat menghormati Tan Sri Shamsuddin yang sudi membantu kos rawatan anaknya.
  • Zulkifli sentiasa ingat akan bantuan yang dihulurkan oleh orang ramai, jiran tetangga dan orang perseorangan seperti Tan Sri Shamsuddin.
  • Zukifli juga amat menghormati ibu dan bapa mertuanya.
Seorang yang setia kepada isteri
  • Kesetiaan kepada Bushrah sepanjang hayat. Apabila isterinya meninggal dunia, dia terus menduda.
Seorang yang penyayang kepada anak - anaknya
  • Zulkifli melayani anak – anaknya dengan penuh kasih sayang sehinggalah mereka meningkat dewasa.
  • Menjaga Nadhirah dengan penuh kasih sayang ketika anaknya itu dirawat di hospital.
Seorang yang berdikari
  • Sikap berdikari Zulkifli ditunjukkan melalui kerja kerasnya mengumpul wang untuk perubatan Nadhirah.
  • Dia tidak meminta bantuan orang lain, walaupun kepada ibu bapanya sendiri.
  • Setelah keadaan terdesak barulah dia meminta bantuan Mohammad Yusof untuk menyiarkan berita penyakit Nadhirah untuk menarik perhatian masyarakat
WATAK SAMPINGAN

BUSHRAH

LATAR BELAKANG
  • Ibu kepada Nadhirah dan Nazli serta isteri Zulkifli.
  • Seorang guru di Sekolah Bandar Tun Razak(2)
  • Menjadi penderma hati kepada Nadhirah.
  • Meninggal dunia lima tahun selepas pembedahan pemindahan hati.
PERWATAKAN

Seorang yang penyayang

  • Bushrah menyayangi suami dan anak – anaknya.
  • Kasih sayangnya kepada Nadhirah dibuktikan dengan pengorbanannya untuk mendermakan sebahagian hati untuk menyelamatkan nyawa Nadhirah.
Seorang yang bertanggungjawab
  • Walaupun bertugas sebagai guru, Bushrah sentiasa memastikan tugas rumah tangganya sempurna setiap masa.
  • Jika Nadhirah tinggal bersendirian di rumah, dia akan sentiasa menelefon Nadhirah untuk memastikan keadaan Nadhirah.
  • Bushrah juga anak yang bertanggungjawab terhadap orang tuanya dengan mengirim wang belanja.
Seorang yang tabah hati.
  • Bushrah tidak pernah merungut apabila berdepan dengan pelbagai masalah malah selepas pembedahan dia sentiasa sakit – sakit, tetapi dirahsiakan daripada suami dan anak – anaknya.
Seoarang yang setia dan patuh kepada suami.
  • Tidak pernah membantah keputusan yang dibuat oleh suaminya, walaupun kadangkala keputusan suaminya itu tidak dipersetujuinya.
  • Buktinya, dia tetap membantu suaminya menolong pasangan Sikh yang mendapat kemalangan.
Seorang yang tegas dalam pendiriannya.
  • Dia tetap bertegas untuk mendermakan hatinya kepada Nadhirah walaupun keputusannya menimbulkan kontroversi masyarakat.
NADHIRAH

LATAR BELAKANG
  • Anak sulung Zulkifli dan Buhrah.
  • Menghidap penyakit kerosakan hati yang dikesan ketika dalam darjah 4.
  • Pernah menjalani pembedahan di HKL.
  • Ketika usianya 14 tahun, penyakit hatinya semakin serius.
PERWATAKAN

Seorang yang taat kepada orang tua.

  • Walaupun menghidap penyakit, Nadhirah sentiasa taat kepada kedua- dua orang tuanya.
  • Dia tidak membantah apabila terpaksa tinggal bersendirian ketika ibu bapanya bekerja.
Seorang yang berjiwa sensitif.
  • Perasaan Nadhirah mudah tersentuh apabila mendengar lagu ‘Kasih Ibu’.
  • Dia juga amat simpati kepada mangsa kemalangan yang dibantu oleh bapanya.
Seorang yang berani dan tabah.
  • Nadhirah tidak gentar untuk menghadapi pembedahan walaupun dia tahu risiko yang akan dialaminya.
  • Dia berani bertanya kepada doktor tentang proses pembedahan yang akan berlaku.
  • Nadhirah begitu tabah menanggung kesakitan , malah sanggup pula belajar sendiri di rumah walaupun kesihatannya sering tidak stabil.
Seorang yang bijak dan tekun belajar.
  • Nadhirah bercita –cita untuk menjadi doktor.
  • Dia seorang pelajar yang bijak, tetapi akibat penyakit hatinya, menyebabkan Nadhirah terpaksa banyak bercuti di rumah.
  • Walaupun tidak ke sekolah, Nadhirah tekun belajar dan membuat latihan di rumah dengan bimbingan Cikgu Khairani.
  • Selepas pulih daripada pembedahan dan penyakitnya, Nadhirah berjaya meneruskan pengajiannya di ITM dengan mengikuti kursus Diploma Perakaunan.
Seorang yang optimis dan tidak berputus asa.
  • Dia amat yakin bahawa pembedahan pemindahan hati yang akan dijalaninya akan berjaya.
  • Walaupun berpenyakit dia bercita-cita untuk menjadi doktor.
MULIYADI

LATAR BELAKANG

  • Muliyadi berketurunan Jawa- Melayu, bertugas sebagai pensyarah di ITM.
  • Berkahwin dengan wanita Perancis, Saleha Brigitte.
  • Mempunyai dua orang anak, Suliono Dimitri dan Kartini Colette.
  • Menyambung pelajaran Ph.d di England.
PERWATAKAN

Seorang yang ikhlas dan baik hati

  • Muliyadi membantu Zulkifli sekeluarga dengan ikhlas ketika mereka berada di London.
  • Dia sentiasa memberi perangsang dan semangat kepada Zulkifli ketika rakannya itu berdepan dengan masalah kesihatan Nadhirah.
  • Dia juga membawa Zulkifli dan keluarga melawat tempat-tempat menarik di London.
Seorang jujur dan prihatin
  • Muliyadi sentiasa mengutus surat bertanyakan khabar Zulkifli sekeluarga terutama tentang Nadhirah.
  • Mengucapkan terima kasih atas kiriman berita dan artikel kepadanya oleh Zulkifli di dalam suratnya.
Seorang yang bersimpati.
  • Secara terbuka Muliyadi mengucapkan simpatinya kepada Zulkifli sebaik sahaja mengetahui masalah dan penyakit Nadhirah.
  • Dia sering melawat keluarga Zulkifli sewaktu di London.
Seorang yang rajin dan gigih berusaha.
  • Muliyadi begitu gigih berusaha meningkatkan taraf akademiknya sehingga ke peringkat Ph.d
Seorang yang mempunyai jati diri.
  • Walaupun beristerikan wanita Barat dan banyak menghabiskan waktu belajar di luar negara, Muliyadi tetap berjiwa Melayu dan tidak lupa kampung halamannya.
  • Muliyadi juga tidak melupakan rakan baiknya, Zulkifli yang sama- sama bersekolah rendah dengannya.
DR. TAN KAI CHAH

LATAR BELAKANG

  • Doktor pakar hati yang berkhidmat Hospital King’s College, London.
  • Beliau berhijrah ke London sejak tahun 1988 tetapi masih warganegara Malaysia.
  • Beliau fasih bertutur berbahasa Melayu.
  • Doktor yang mengetuai pembedahan pemindahan hati Bushrah dengan Nadhirah.
  • Beliau telah menjalankan pembedahan hati sebanyak 450 kali.
  • Menolak tawaran berkhidmat di Arab Saudi dan kembali ke Malaysia dengan membuka sebuah klinik.
PERWATAKAN

Seorang yang baik hati dan berfikiran terbuka.

  • Pertemuan pertama Zulkifli denganya telah terjalin dalam suasana yang mesra.
  • Beliau melayani Zulkifli dengan baik tanpa mengira agama dan keturunan.
  • Mereka dapat bertukar-tukar pendapat secara terbuka.
TAN SRI SHAMSUDDIN

LATAR BELAKANG
  • Pemilik Syarikat Sapura Holding. Membiayai kos rawatan Nadhirah di London
PERWATAKAN

Seorang yang bersifat dermawan
  • Walaupun kaya dan hidup mewah, beliau tidak menggunakan kemewahan itu untuk kepentingan diri sendiri.
Seorang yang simpati
  • Beliau bersimpati dengan penderitaan Nadhirah dan menanggung kesemua kos rawatannya.
Seorang yang patuh pada suruhan agama
  • Walaupun sibuk dengan urusan kerja, beliau tidak pernah lupa untuk mengerjakan sembahyang.
WATAK – WATAK PEMBANTU
PUAN SRI SAPURA
- Isteri Tan Sri Shamsuddin
- Bersifat dermawan seperti suaminya.
PAK RAMLI DAN MAK ZAHARAH
- Ibu bapa Busrah, mertua Zulkifli
- Sebelum pembinaan jambatan Sungai Linggi, Pak Ramli bekerja sebagai penambang di
Sungai Linggi.
- Mereka memahami masalah yang dihadapi oleh Busrah.
- Menjaga Nazli semasa Busrah, Zulkifli dan Nadhirah ke London.
NAZLI
- Anak kedua Busrah dan Zulkifli, adik Nadhirah.
- Memasuki sekolah berasrama penuh di Kkuala Kangsar selepas beberapa tahun kematian
ibunya.
DR. GEETHAN
- Doktor yang merawat nadhirah di HKL.
MOHAMMAD YUSOF
- Wartawan yang membuat menulis berita tentang penderitaan Nadhirah.
CIKGU KHAIRANI
- Guru yang mengajar Nadhirah di rumah ketika Nadhirah cuti sakit.
CHENG GUAN
- Pemuda Cina yang menolong Zulkifli mencari mekanik semasa kereta Zulkifli rosak di
pertengahan jalan menuju ke Felda Ulu Tebrau.
IMAM GHAZALI
- Imam masjid yang mengetuai bacaan doa selamat di rumah Zulkifli sebelum mereka
berlepas ke London.
GUNAWAN
- Jiran Zulkifli yang menawarkan khidmat menghantar Zulkifli sekeluarga ke lapangan
terbang.

LATAR
Bil Latar Masa Peristiwa
1 Jumaat hingga
lewat malam
- Zulkifli bertolak daripada Kuala Lumpur Ke Kuala Linggi ,
Melaka.
- Dalam perjalanan, dia menyelamatkan mangsa
kemalangan jalan raya berbangsa Sikh menyebabkan
mereka sampai lewat ke rumah mertuanya.
2 Sabtu pagi hingga
tengah hari
- Zulkifli dalam perjalanan ke Felda Ulu Tebrau untuk
pulang ke rumah orang tuanya.
- Perjalanannya tergendala apabila keretanya rosak.
Dengan bantuan seorang pemuda Cina dia
mendapatkan bantuan mekanik untuk membaiki
keretanya.
3 Ahad - Majlis perkahwinan adik perempuan Zulkifli di rumah
orang tuanya.
- Pada majlis tersebut, Zulkifli bertemu dengan rakan
lamanya,Muliyadi yang menjadi pensyarah di ITM Shah
Alam.
4 Hari berita
tentang Nadhirah
tersiar di akhbar
- Berita penyakit yang dihadapi Nadhirah
menggemparkan masyarakat, jiran – jiran dan guru –
guru di sekolah tempat Bushrah mengajar. Kutipan
derma kilat dilancarkan oleh Guru Besar sekolah Bushrah.
- Tan Sri Shamsuddin dan isterinya bersedia membiayai
semua kos rawatan Nadhirah di London.
5 Pada hari
pembedahan dan
Bushrah
- Proses pembedahan dijangka mengambil masa selama
14 jam.
- Pembedahan berjaya.
6 5 tahun selepas
pembedahan
Malam Jumaat
hingga 4 Pagi
- Nadhirah sudah sihat dan sedang belajar di ITM
mengambil Diploma Perakaunan.
- Zulkifli bertukar kerja, sebagai pengarang sastera di
Mingguan Malaysia.
- Bushrah terbangun dari tidur dan mengadu sesak nafas.
Bushrah meninggal dunia diribaan suaminya.
7 Beberapa tahun
selepas kematian
Bushrah
- Nadhirah tamat pengajian , bekerja di Bank Islam, Kuala
Lumpur. Dan berkahwin dengan seorang doktor pakar
bedah.
- Nazli belajar di sekolah berasrama penuh di KualaKangsar.
- Zulkifli terus menduda.
- Ibu bapa Bushrah meninggal dunia. Bapa Zulkifli juga
telah meninggal dunia.
Bil Latar Tempat Peristiwa
1 Lebuh Raya Utara
Selatan
( melintasi Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan
dan plaza tol )
- Zulkifli melalui lebuh raya ini untuk pulang ke Melaka,
rumah orang Bushrah.
2 Simpang ke
Kampung Melewar
- Zulkifli menemui sepasang suami isteri berbangsa Sikh
yang terlibat dalam kemalangan.
- Dia membantu mangsa yang pengsan walaupun tidak
dipersetujui oleh isterinya.
3 Hospital Seremban - Kedua – dua mangsa dihantar oleh Zulkifli untuk
mendapat rawatan.
4 Kuala Linggi, Melaka
( Kampung orang
tua Bushrah )
- Zulkifli dan keluarganya pulang untuk menghadiri
kenduri tahli tetapi lewat.
- Zulkifli datang untuk memberitahu tentang penyakit
Nadhirah dan menumpangkan Nazli selama dia,
Bushrah dan Nadhirah di London.
- Zulkifli singgah di rumah ini sekembali dari London
sebelum pulang ke Kuala Lumpur.
5 Felda Ulu Tebrau
( Kampung orang
tua Zulkifli )
- Zulkifli pulang untuk menghadiri majlis perkahwinan
adiknya.
- Zulkifli bertemu dengan teman lamanya Muliyadi,
yang telah berkahwin dengan wanita Perancis.
- Beberapa tahun kemudian tempat ini telah bertukar
menjadi kawasan perindustrian makanan dan Bandar
baru.
6 Rumah Zulkifli di
Jalan Mewah Satu ,
Bandar Tun Razak,
Kuala Lumpur
- Rumah ini banyak merakamkan suka duka kehidupan
Zulkifli sekeluarga.
- Keluarga zulkifli amat terkejut dan berterima kasih
kepada Tan Sri Shamsuddin yang menefon rumah
mereka untuk mengatakan kesanggupannya
membiayai kos rawatan Nadhirah.
- Kenduri doa selamat sebelum mereka ke London
diadakan di sini.
- Bushrah bertemu bual oleh Mohammad Yusof
wartawan Utusan Malaysia.
- Nadhirah kerap tinggal di rumah jika tidak dapat
hadir ke sekolah.
- Bushrah meninggal dunia selepas 5 tahun
pembedahan.
7 Pejabat Utusan
Melayu(M) Bhd di
Jalan Chan Saw Lin,KL
- Zulkifli bertemu dengan wartawan Mohammad Yusof
untuk meminta jasa baik supaya menyiarkan berita
tentang penyakit Nadhirah di akhbar..
8 Sekolah Bandar Tun
Razak (2)
- Tempat Bushrah mengajar dan mendapat simpati
seluruh warga sekolah apabila berita tentang
Nadhirah tersiar di akhbar.
9 Hospital Kuala
Lumpur
- Tempat Zulkifli bertugas.
- Nadhirah pernah menjalani pembedahan di sisni
sebelum penyaklitnya bertambah serius.
10 Pejabat Pengarah
Syarikat Sapura
Holding, Lembah
Keramat,KL
- Pejabat kepunyaan Tan Sri Shamsuddin ini didatangi
Zulkifli untuk menerima cek pendahuluan sumbangan
sebanyak RM50,000.
11 Dewan Muktamar,
Pusat Islam, KL
- Zulkifli dan Bushrah mengikuti kursus sehari tentang
“Anak Cemerlang” yang disampaikan oleh Dr. Noor
Laily dan Haji Mansor Sukaimi.
12 Lapangan Terbang
Antarabangsa
Subang
- Suasana sedih dan penuh emosi ketika Zulkifli
dihantar sahabat handai termasuk Tan Sri
Shamsuddin dan isteri untuk ke London bersama
Nadhirah dan Busrah.
13 Rumah sewa Zulkifli
di London
- Tempat Zulkifli tinggal selama mereka berada di
London.
- Zulkifli sering dikunjungi oleh Muliyadi yang sedang
menyambung pengajiannya di peringkat Ph.d.
14 Hospital King’s
College
- Tempat Nadhirah dan Bushrah menjalani
pembedahan pemindahan hati.
- Tempat Dr. Tan Kai Chah bertugas sebagai doktor
pakar.
15 Kotaraya London - Zulkifli sekeluarga melawat istana Buckingham, Zoo
London dan beberapa tempat menarik selepas
kesihatan Nadhirah dan Bushrah semakin pulih.
16 Tanah Perkuburan
Islam, Kampung
Cheras Baru
- Bushrah disemadikan buat selama – lamanya.
Bil Latar Masyarakat Huraian
1 Masyarakat kota - Terdiri daripada pelbagai peringkat sosial dan
status ekonomi.
- Zulkifli boleh dikelaskan sebagai golongan
menengah yang mempunyai pekerjaan tetap dan
berijazah. Isterinya pula seorang guru.
- Tan Sri Shamsuddin pula golongan masyarakat
kota yang kaya, hidup mewah dan memiliki sebuah
syarikat yang besar. Beliau sanggup mengeluarkan
wang yang banyak untuk rawatan Nadhirah adalah
lambang keprihatinan warga korporat.
- Masyarakat kota di Bandar Tun razak, tempat
tinggal Zulkifli digambarkan mempunyai sikap
tolong – menolong dan bekerjasama.
3 Golongan penulis
dan wartawan
- Golongan ini diwakili oleh Zulkifli sendiri yang
merupakan penulis sambilan sebelum menjadi
pengarang sastera di Mingguan Malaysia.
- Mohammad Yusof, seorang wartawan
membuktikan bahawa mata pena seorang
wartawan mampu mempengaruhi masyarakat.
Tulisannya mengenai penderitaan Nadhirah berjaya
menarik simpati pelbagai pihak.
4 Golongan pendidik
dan murid
- Guru – guru Sekolah Bandar Tun razak (2)adalah
golongan pendidk yang mempunyai sikap prihatin,
bekerjasama dan bertanggungjawab.
- Cikgu Khairani sanggup datang ke rumah Nadhirah
untuk mengajar Nadhirah tanpa apa – apa ganjaran.
- Golongan murid diwakili oleh murid Sekolah Bandar
Tun Razak(2) yang begitu prihatin terhadap rakan
sebaya mereka, Nadhirah.
- Muliyadi mewakili golongan pendidik di institusi
pengajian tinggi.
Masyarakat majmuk - Gambaran masyarakat majmuk yang bertolak ansur
dan tolong – menolong tanpa mengira kaum dapat
dilihat dalam peristiwa – peristiwa Zulkifli menolong
pasangan Sikh yang terlibat dalam kemalangan.
- Selain itu, seorang pemuda Cina telah membantu
Zulkifli mendapatkan bantuan mekanik setelah
keretanya rosak dalam perjalanan ke Felda Ulu
Tebrau.
PLOT
1. Permulaan
- Cerita dimulakan dengan perjalanan Zulkifli dan keluarganya pulang ke Kuala Linggi,
Melaka untuk menghadiri kenduri arwah adik iparnya di rumah mertuanya.
- Zulkifli juga telah bertemu dengan kawan lamanya Muliyadi di majlis perkahwinan
adiknya di Felda Ulu Tebrau.
- Zulkifli menceritakan penyakit anaknya dan memerlukan RM 350,000 sebagai kos
rawatan untuk mengubati penyakit tersebut kepada Muliyadi.
2. Perkembangan
- Zulkifli dan Busrah berbincang tentang kos rawatan Nadhirah yang belum mencukupi.
- Mereka mengambil kata sepakat untuk meminta bantuan pihak media menyiarkan
tentang penyakit Nadhirah.
- Tan Sri Shamsuddin , Pengarah Sapura Holding sanggup menanggung kesemua kos
rawatan Nadhirah dan penginapan keluarga Zulkifli di London.
3. Perumitan
- Reaksi masyarakat yang pro dan kontra terhadap tindakan Bushrah yang mengambil
keputusan untuk mendermakan sebahagian hatinya.
- Permasalahan ini menimbulkan konflik kepada Zulkifli pada saat – saat akhir
pembedahan dilakukan. Dia bersedia bertukar tempat dengan Bushrah kerana bimbang
keselamatan isterinya tetapi ditentang keras oleh Bushrah.
4. Puncak/ Klimaks
- Zulkifli bersama – sama Busrah dan Nadhirah ke London.
- Pembedahan pemindahan hati Busrah dan Nadhirah diketuai oleh Dr. Tan Kah Chai
seorang doktor pakar, rakyat Malaysia yang bermastautin di London. Pembedahan itu
berjaya dilakukan. - Selepas 5 tahun pembedahan dijalankan Bushrah meninggal dunia kerana sesak nafas.
5. Peleraian
- Peleraian cerita ini bertumpu kepada kehidupan Zulkifli bersama – sama anaknya selepas
kematian Busrah.
- Nadhirah telah menamatkan pengajiannya di ITM dan bekerja di Bank Islam. Dia juga telah
berkahwin dengan seorang doktor pakar bedah.
- Zulkifli semakin berjaya dalam kerjaya dan akademik tetapi terus menduda demi cintanya
kepada Bushrah.
UNSUR PLOT
Unsur Plot Contoh
Saspen Pembedahan pemindahan hati Busrah ke tubuh Nadhirah
Peristiwa ini mewujudkan perasaan cemas, bukan sahaja kepada Zulkifli
yang menunggu di dewan pembedahan tetapi juga kepada pembaca.
Pembaca ingin tahu hasil daripada pembedahan tersebut.
Peristiwa selepas pembedahan
Tempoh tindak balas tubuh Nadhirah terhadap penerimaan hati baru
daripada ibunya. Pembaca ingin tahu, kesesuaian tubuh Nadhirah dengan
hati tersebut.
Konflik Konflik dalaman watak Nadhirah terhadap pengorbanan ibunya.
Nadhirah sering meluahkan kebimbangannya kepada Cikgu Khairani. Dia
bimbang risiko yang akan dihadapi oleh ibunya.
Konflik antara watak Zulkifli dengan Busrah
Konflik ini wujud apabila Zulkifli supaya dia sahaja yang mengambil tempat
Bushrah, mendermakan hatinya kepada Nadhirah. Hasrat Zulkifli dibantah
keras oleh Bushrah.
Konflik Zulkifli di tempat kerja
Surat – surat layang tersebar tentang Zulkifli yang mengabaikan tugas
kerana lebih menumpukan kepada bidang penulisan menimbulkan konflik
jiwa kepada Zulkifli.
Dilema Dr Tan Kai Chah antara kejaya dan tanggungjawab
Dr Tan Kai Chah berasa terpanggil untuk menyumbangkan baktinya kepada
rakyat di negara sendiri. Dia terpaksa memilih sama ada pulang ke Malaysia
atau menerima tawaran lumayan bekerja di Arab Saudi.
Kejutan Kematian Bushrah secara tiba – tiba
Peristiwa ini menjadi satu kejutan kerana tidak ada tanda – tanda Bushrah
menghadapi kesan buruk daripada pembedahan yang dilaluinya lima tahunsebelum kematiannya.
TEKNIK PLOT
Dialog
Monolog
Imbas Kembali
Keinginan itu mengundang kenangan ketika mereka sekeluarga
melawat ke rumah salji di Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam,
Shah Alam.
Dialog
Monolog
Imbas Kembali
Monolog Dalaman
Teknik Persuratan
Surat yang ditulis oleh Muliyadi kepada Zulkifli.

GAYA BAHASA
BIL GAYA BAHASA CONTOH
DIKSI
a. Istilah saintifik Sel neuron ,Neuron synapse ,Kartrij pita magnetik
Encyclopedia Britannica
1
b. Istilah
perubatan
Jaundice ,Pigmen bilirubin,Tisu,Hemoglobin, Sel – sel
Hepatitis/sirosis, Virus/bakteria, Glikogen, Glukosa
Asid laktik
c. Bahasa Arab Afdal, Berwirid, Solat, Subhanallah, Qada, Insya-allah
Hadis
d. Bahasa Inggeris Repair, Servis, Okey, No problem, Survival
2 Sinkof Tak usah – tidak usah, Istana ni – istana ini
Gitu – begitu, Istana tu – istana itu , Kau – engkau
Ayat
a. Ayat pendek
- Pagi itu Nadhirah tidak ke sekolah [ ms 137 ]
- Cuaca di London cerah. [ ms 165]
3
b. Ayat panjang -
[ ms 190 ]
4 Peribahasa i. Mata pencarian = sumber rezeki
ii. Gulung tikar = muflis
iii. Khabar angin =
iv. Cari jalan =
v. Buta kayu =
vi. Cubit paha kanan paha kiri terasa jua
=
vii. Bagai aur dengan tebing
=
viii.Buah tangan =
5 Simile i. Nak banding dengan filem – filem sekarang, bagai langit
dengan bumi. = Perbezaan yang amat ketara antara filem
moden dengan filem lama.
ii. Bagaikan sang pengembara yang berjalan di Gurun Sahara,
keluarga Nadhirah amat memerlukan seteguk air untuk
menghilangkan dahaga. = Menggambarkan
perlunya keluarga Nadhirah kepada simpati masyarakat.
iii. Bagaikan menunggu gunung berapi Pinatubo meledak lagi
iv. Bagaikan tenggelam punca
6 Personifikasi i. Burung – burung berkicau riang menyapa kedatangan pagi
yang cemerlang.
ii. Bisikan yang sebenarnya melambai agar dia segera kembali
untuk menabur bakti di negara sendiri.
iii. Kota London hidup dan segar.
7 Inversi i. Terdiam Zulkifli memikirkan jawapannya.
= Zulkifli memikirkan jawapannya secara diam – diam.
ii. Dalam pada menonton itu, perasaan Bushrah terus berperang.
= Perasaan Bushrah terus berperang dalam pada menonton itu.
iii. Tiba – tiba pintu biliknya diketuk orang.
iv. Setelah mengakhiri perbualan mereka, Zulkifli bermohon
pulang.
=
8 Pengulangan
frasa
- Orang kaya mesti bantu orang susah. Orang ada kepakaran
bantu pesakit.
- Tidak mungkin akan luput daripada ingatan, sebagaimana
luputnya ia daripada pandangan.
- Selagi nafas berdenyut, selagi itulah kita mesti mencari ilmu.
9 Metafora Lubuk hati
Lautan fikiran
Tali hati
Badai kehidupan
10 Lambang/simbolik Panas salju = harapan yang tidak kesampaian.
- Zulkifli berharap pengorbanan isterinya itu tidak
mendatangkan kesan tetapi sebaliknya Bushrah meninggal
dunia selepas 5 tahun memberikan sebahagian hatinya kepada
Nadhirah.

NILAI KEMANUSIAAN
Bil Nilai Huraian/contoh
1 Baik hati - Perasaan simpati sesama manusia atau lain – lain makhluk
melahirkan keinginan untuk memberi bantuan dan
pertolongan.
- Zulkifli seorang yang baik hati kerana telah menolong
pasangan Sikh yang terlibat dalam kemalangan.
- Tan Sri Shamsuddin juga seorang yang baik hati kerana
sanggup membiayai seluruh kos rawatan perubatan Nadhirah.
2 Kerajinan /
Kegigihan
- Nilai ini dapat dirujuk kepada watak Zulkifli dan Muliyadi yang
rajin menulis rencana sebagai kerja sambilan.
- Mereka juga rajin/gigih menambahkan ilmu pengetahuan
masing – masing dalam bidang akademik.
3 Tanggungjawab
- Nilai ini merujuk sifat tanggungjawab seseorang kepada
keluarga, masyarakat, pekerjaan, agama dan negara.
- Zulkifli menunjukkan tanggungjawabnya sebagai ketua
keluarga dan pekerja.
- Tan Sri Shamsuddin menunjukkan tanggungjawabnya sebagai
anggota masyarakat yang menolong orang yang memerlukan.
- Dr Tan Kai Chah menunaikan tanggungjawabnya sebagai
warganegara apabila pulang menyumbangkan kepakarannya
di tanah air.
4 Kasih sayang - Nilai ini merujuk kasih sayang sesama ahli keluarga, sesama
insan, agama dan bangsa.
- Kasih sayang ibu yang luhur mendorong Bushrah berkorban
nyawa untuk anaknya Bushrah.
- Zulkifli amat menyayangi keluarganya sehinggakan sanggup
membuat apa saja demi keselamatan isteri dan anaknya.
- Dr. Tan Kai Chah sayang akan tanah air dan sanggup
melepaskan peluang yang lumayan jika bertugas di Arab Saudi.
5 Hormat -
menghormati
- Zulkifli dan Muliyadi hormat – menghormati antara satu sama
lain.
- Sebagai anak dan menantu, Busrah dan Zulkifli menghormati
ibu dan bapa masing – masing.
6 Kesabaran/
Ketabahan
- Sabar/tabah menghadapi pelbagai dugaan adalah nilai murni
yang perlu dimiliki oleh semua.
- Zulkifli cukup sabar/tabah menerima segala masalah yang
datang datang dalam kehidupan mereka sekeluarga.
- Sabar / tabah menghadapi penyakit Nadhirah dan kematian
Bushrah.
NILAI KEMASYARAKATAN
Bil Nilai Huraian/contoh
1 Kerjasama - Nilai ini digambarkan dalam majlis kenduri perkahwinan adik
Zulkifli dan majlis doa selamat sebelum Zulkifli berlepas ke
London.
- Hasil kerjasama banyak pihak, Nadhirah selamat menjalani
pembedahan.
2 Semangat
Kejiranan
- Ciri – ciri kejiranan yang positif ditonjolkan dalam novel ini.
- Tindakan masyarakat taman perumahan tempat tinggal Zulkifli
membantunya mengikut keupayaan masing – masing.
3 Tolong –
menolong
- Nilai ini wujud tanpa mengira kaum, status dan agama.
- Zulkifli membantu pasangan Sikh yang ditimpa kemalangan ,
manakala pemuda Cina menolong Zulkifli ketika keretanya rosak.
4 Masyarakat
penyayang
- Nilai ini digambarkan melalui keprihatinan pelbagai golongan
masyarakat kepada Nadhirah yang memerlukan pertolongan
kerana penyakit hati.
- Bukan sahaja Tan Sri Shamsuddin, malah pihak – pihak lain juga.
PENGAJARAN
Bil Pengajaran Huraian/contoh
1 Kita perlulah tabah
dan sentiasa
bersabar apabila
menghadapi
masalah.
- Zulkifli dan Bushrah tetap tabah dan sabar menerima
takdir yang menimpa keluarga mereka seperti penyakit
Nadhirah yang bertambah teruk.
- Zulkifli tetap tabah meneruskan kehidupan apabila
Bushrah meninggal dunia.
2 Kita janganlah cepat
berputus asa apabila
berdepan dengan
dugaan dan
kegagalan.
- Nadhirah pernah menjalani pembedahan di HKL tetapi
tidak berupaya menyembuhkan penyakitnya.
- Tanpa putus asa Zulkifli berusaha mengumpulkan kos
rawatan Nadhirah di London pula.
3 Kita mestilah
mensyukuri nikmat
dan anugerah
Tuhan.
- Orang yang bersyukur kepada kurniaan Tuhan akan
menggunakan kekayaannya ke jalan yang diredai Tuhan.
- Tan Sri Shamsuddin berkongsi kemewahannya dengan
membiayai kos rawatan Nadhirah yang begitu besar
jumlahnya.
4 Kita perlu bantu –
membantu antara
satu sama lain.
- Kita perlu membantu orang yang dalam kesusahan.
- Zulkifli membantu mangsa kemalangan yang masih
bernyawa dengan mengenepikan kepentingan diri.
- Hal yang sama juga dilakukan oleh Tan Sri Shamsuddin
kepad keluarga Zulkifli.
5 Kita perlu menuntut
ilmu tanpa mengira
usia.
- Umur bukannya halangan untuk kita menuntut ilmu.
- Zulkifli tetap meneruskan hasratnya menuntut ilmu dan
belajar di luar kampus sehingga ke peringkat ijazah dan
sarjana walaupun sudah berkeluarga dan bekerja.
6 Kita hendaklah
sentiasa ingat akanpengorbanan orang
lain
- Zulkifli amat menghargai pengorbanan isterinya yang rela
berkorban nyawa demi Nadhirah dn terus mendudaselepas kematian isterinya,Bushrah.

7 Kita hendaklah
bersimpati terhadap
golongan yang
memerlukan.
- Kita dapat mengurangkan penderitaan mereka.
- Simpati daripada Tan Sri Shamsuddin telah menyelesaikan
masalah kos rawatan Nadhirah.
BIODATA PENULIS NOVEL
Nama Talib Samat
Tarikh Lahir 13 Mac 1959
Tempat Lahir Senggarang, Batu Pahat,Johor
Tempat Dibesarkan Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor
Pendidikan - SRK Ulu Tiram
- SRK Felda Ulu Tebrau
- SMRK Majidi Baru
- SM Sultan Ismail, Jb
- USM
Pencapaian
Akademik
- Ijazah Sarjana Muda Sastera ( Kepujian ) - USM
- Ijazah Sarjana Sastera ( M.A ) -USM
- Ph.D -USM
Pekerjaan - Pensyarah kesusasteraan moden di Fakulti Bahasa, UPSI (
1998 – sekarang )
- Penolong Pegawai Perancang Bahasa di DBP (
1984 – 1998 )
- Pegawai kerja pertahanan di Kementerian Pertahanan (
1982 -1984 )
- Penolong Editor majalah Peneroka di Ibu Pejabat Felda KL (
1981 )
Bidang penulisan
yang diceburi
Rencana, esei/kritikan sastera, puisi, cerpen remaja dan dewasa, novel
remaja dan dewasa, drama televisyen, agama, sejarah, biografi, dan
umum.
Hasil penulisan - Sehingga kini lebih 40 buah buku dihasilkan.
- 99 Nama Allah Yang Termasyhur (buku agama)
- Bumi Merdeka (novel dewasa) - 1987
- Mencari Keredaan-Mu (novel remaja) - 1989
- Gores – Gores Kenangan (novel remaja) - 1990
- Panggilan Jihad(novel remaja) - 1993
- Panas Salju (novel remaja) - 1995
- Melewati Zon Selesa (novel remaja)
- Anak Pulau Mengejar Impian(novel remaja)
- Hanya Sampai di Sini (cerpen) - 1991
- Lambaian Tanah Suci (cerpen)
- Subuh (drama pentas) - 1996
- Puisinya termuat dalam Mother Earth International Journal Vol. 4,
No. 2
Pencapaian dalampenulisan - Hadiah Sastera Darul Ta’zim ( Gaya kewartawanan Baru : DimensiKewartawanan dan Kesusasteraan – 1998 )
- Memenangi lebih sepuluh hadiah dalam sayembara penulisan di
negara ini dalam bidang esei, buku kajian, novel remaja, rencana,
esei/kritikan, ulasan buku dan ulasan filem.
- Hadiah Cipta Karyawan Muda Johor 1999
Penglibatan
sebagai aktivis
sastera
- AJK Persatuan Karyawan Perak 2000-2001
- Ketua Dua Persatuan Penulis Kuala Lumpur ( KALAM ) 1998 -
2001
- Setiausaha Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia ( PKBM )
1996 – 2000
- AJK Persatuan Penulis Johor (PPJ) 1991 - 1993

Friday, April 9, 2010

NOVEL MENITI KACA

SINOPSIS BAB DEMI BAB

BAB 1

Pada suatu hari, Nazar pulang ke rumah dari sekolah. Dia mendapati bahawa ibunya tiada di rumah. Nazar kemudian pergi ke rumah mak ciknya untuk melihat adakah ibunya berada di situ. Dia bertanyakan Fauzi, adik sepupunya mengenai ibunya tetapi dia pun tidak tahu. Nazar berasa sangat risau kerana ibunya, Mahyun telah mengalami sakit mental.

Ibunya suka merayau-rayau di kampung. Dia akan berleter di tangga rumah yang disinggahinya. Masyarakat kampung itu telah faham benar dengan perangai Mahyun. Ibu saudaranya Mak Miah muncul di hadapannya dengan tiba-tiba lalu Nazar bertanyakan tentang ibunya. Tetapi, Mak Miah pun tidak tahu. Nazar bersama jirannya Ah Seong dan ibunya Kim Moi pergi mencari Mahyun. Akhirnya mereka menjumpai Mahyun duduk tersadai di pulau dan memujuk Mahyun supaya pulang ke rumah.

BAB 2

Nazar sedang menyiapkan kerja sekolahnya semasa Pak Sahar, ayah Nazar, memasuki bilik Nazar. Bapa Nazar memberitahu Nazar bahawa dia akan menghantar ibunya ke Hospital Bahagia kerana dia mahukan isterinya mendapat rawatan doktor pakar. Walaupun Nazar tidak ingin berpisah dengan ibunya, tetapi dia terpaksa menerima kenyataan. Lagipun Mak Miah dan Pak Sehak telah bersetuju dengan cadangan itu.

BAB 3

Pagi-pagi lagi Mak Miah telah mendandan Mahyun dengan pakaian yang cantik sebelum dihantar ke Hospital Bahagia. Nazar terkenangkan kisah masa silam, iaitu sebelum ibunya menjadi nanar. Ibunya merupakan seorang perempuan yang cantik dan memiliki suara yang merdu dan lunak. Moyangnya pernah bekerja sebagai pengasuh di istana. Justeru itu, ada juga orang mengatakan Mahyun berpenyakit saka.

BAB 4

Sudah seminggu Mahyun dihantar ke hospital. Rumah Nazar semakin sunyi. Nazar bertanyakan ayahnya mengenai keadaan ibunya. Nazar mencadangkan bapanya supaya mereka dapat melawat ibunya. Pak Sahar menolak dengan alasan dia terlalu sibuk sebagai Pegawai Luar. Dia selalu keluar pejabat untuk mengukur tanah dan meletak batu sempadan. Selepas siap minum pagi, Pak Sahar menaiki bas ke Lumut.

BAB 5

Nazar teringat nasihat Ah Seong supaya dia bersabar dan tabah menghadapi ujian. Suatu malam Pak Sehak sekeluarga datang ke rumah Nazar. Pak Sehak dan Mak Miah mencadangkan agar Pak Sahar berkahwin lagi. Nazar yang berada di dalam bilik ketika itu terkejut mendengar perbualan mereka. Pak Sahar menolak kerana dia tidak sanggup melihat Nazar mempunyai emak tiri. Pak Sahar mendiamkan diri sambil memikirkan cadangan adiknya.

BAB 6
Suatu malam, Mak Miah menunggu anaknya, Zainab pulang dari rumah Pak Sahar. Mak Miah menasihatkan Zainab agar jangan belajar atau minta ajar daripada Nazar lebih-lebih lagi dalam keadaan berdua-duaan. Mak Miah khuatir sesuatu kejadian buruk akan berlaku, malah masyarakat kampung akan memandang serong perbuatan mereka. Zainab cuba mempertahankan pendiriannya bahawa dia hanya belajar Bahasa Inggeris dan Matematik daripada Nazar. Mak Miah tidak mengendahkan alasan anaknya. Lagipun sejak ibu Nazar ke hospital, ayahnya sentiasa keluar ke Beruas pada waktu malam. Zainab tidak dapat tidur nyenyak kerana bersimpati dengan Nazar yang selalu bersendirian.

BAB 7

Pada pagi minggu ini, Nazar duduk di rumah menonton televisyen sambil mengenangkan ibunya. Manakala Pak Sahar pula memikirkan cadangan adiknya supaya berkahwin lagi. Pak Sahar menasihati Nazar supaya tidak rapat dengan Zainab kerana takut diburuk-burukkan oleh orang kampung. Nazar mencadangkan bapanya supaya membawa ibunya pulang ke rumah.

BAB 8

Pada pertengahan bulan Oktober, Mahyun telah kembali ke rumah. Hari pertama Mahyun berada di rumah ramai jiran datang untuk bertanya khabar. Sebaik sahaja Nazar sampai di rumah, Nazar terus memeluk ibunya. Walaupun telah tiga bulan di Hospital Bahagia, penyakit ibunya tetap tidak berubah.

Setelah tiga hari Mahyun berada di kampung, perangai lamanya berulang kembali. Dia memulakan langkah keluar dari rumah untuk mengunjungi jiran dan sahabatnya. Hujan semakin lebat, Nazar cuba menghalang ibunya daripada keluar rumah tetapi nasihat tersebut tidak dipedulikan langsung. Pak Sahar membiarkan sahaja Mahyun pergi ke rumah Mak Miah. Pak Sahar menyuruh Nazar membaca buku kerana esok peperiksaan akhir semester.

BAB 9

Hari sudah hampir petang namun Mahyun belum pulang ke rumah. Biasanya pada waktu begini Mahyun sudah balik. Pak Sahar juga turut gelisah. Nazar pergi ke rumah ibu saudaranya dan rumah Kim Moi tetapi ibunya tiada di rumah mereka. Ah Seong bergegas memberitahu Sidang Seman tentang kehilangan ibu Nazar. Sidang Seman menjemput orang ramai berkumpul di halaman rumah Pak Sahar.

Usaha mencari Mahyun dimulakan. Orang ramai dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Mereka membawa andang dan lampu suluh untuk tujuan keselamatan. Ada kumpulan yang mencari ke sawah, ke hulu kampung, hutan getah dan ke Padang Kerbau yang diketuai oleh Sidang Seman sendiri.

Ketika Pak Sahar dan keluarga Zainab selesai sembahyang berjemaah terdengar nama Pak Sahar dipanggil. Di halaman, beberapa orang anak muda berdiri tegak sambil sambil memangku sekujur tubuh. Mayat Mahyun dijumpai tersepit di celah batang kelapa di tepi sungai. Nazar menjerit sambil meluru ke arah ibunya yang telah kaku.

BAB 10

Segala kerja untuk menyempurnakan jenazah Mahyun sedang giat dijalankan pada hari Isnin. Di tanah perkuburan, kesukaran terpaksa dihadapi kerana air masuk ke liang lahat jenazah Mahyun memandangkan hujan belum berhenti. Pengebumian akan dibuat selepas Zohor. Jiran tetangga yang datang berasa kasihan melihat keadaan Nazar. Nazar mengambil sehelai daun getah dan melepaskannya ke dalam liang lahat ibunya. Nazar tidak ke sekolah hari itu kerana mahu melihat wajah ibunya buat kali terakhir.

BAB 11

Nazar dan Ah Seong sudah sebulan berada di Tingkatan Tiga. Zainab pula di Tingkatan 2. Zainab sudah pandai memasak dan mengemas. Kini, segala urusan makan minum Nazar dan ayahnya diurus oleh Mak Miah. Pada suatu petang, Pak Sahar memanggil Nazar lalu memberitahunya mengenai rancangannya untuk berkahwin lagi. Pak Sahar ingin meminta pendapat anaknya itu tetapi Nazar agak keberatan memberi izin ayahnya berkahwin kerana ibunya baru sahaja dua bulan meninggal dunia. Selepas itu, Nazar meminta izin ayahnya untuk bertemu kawanya di kampung hilir.

Nazar sebenarnya pergi bertemu Ah Seong dan menceritakan Ah Seong mengenai cadangan bapanya hendak berkahwin. Ah Seong cuba meyakinkan Nazar bahawa ayahnya perlu teman bagi mengubati penderitaan yang sekian lama ditanggung. Ah Seong juga berpendapat bukan semua ibu tiri bersikap garang.

BAB 12

Keadaan kesihatan Pak Sahar semakin teruk dan penyakit batuknya pula semakin serius. Sikapnya sudah mula berubah kerana dia selalu ke masjid pada waktu maghrib dan isyak. Doktor mengesahkan Pak Sahar menghidap penyakit jantung. Selepas pulang bekerja, dia kini banyak menghabiskan masa di rumah.

Lima bulan lagi Nazar akan menduduki Peperiksaan PMR. Nazar banyak menghabiskan masa dengan mengulang kaji pelajaran bersama Ah Seong dan Zainab peperiksaan akan menjelang tiba tidak lama lagi. Hal ini menyebabkan orang kampung sering mengata Nazar dan Zainab.

Pada malam itu juga imam kampung datang dan bertanyakan hal ini kepada Pak Sahar. Mak Miah pula dikunjungi Sidang Seman dan Nuar. Mereka menasihatkan Mak Miah mengenai pelakuan anak mereka. Orang kampung nampak Nazar dan Zainab berdua-duaan di tepi sungai. Mak Miah berjanji akan menyampaikan pesanan itu kepada suaminya.

Mak Miah melarang Zainab ke rumah pak longnya lagi. Zainab hairan dengan sikap ibunya itu.

BAB 13

Bulan Oktober, Nazar akan menduduki peperiksaan PMR. Zainab mengunjungi Nazar dan Ah Seong yang sedang berbincang di halaman rumah Nazar. Zainab memberitahu Nazar bahawa sejak peristiwa di tepi sungai itu, dia tidak dibenarkan lagi belajar dengan Nazar. Sedang mereka bertiga berbual, Fauzi datang dan meminta kakaknya pulang. Mak Miah menyuruh Zainab balik kerana ada banyak kerja yang perlu dilakukan di rumah. Ah Seong dan Nazar sedih dengan fitnah orang kampung terhadap Nazar dan Zainab. Malam itu, batuk Pak Sahar semakin menjadi-jadi. Pak Sahar berharap Nazar akan beroleh kejayaan dalam peperiksaan nanti.

BAB 14

Selepas menghadapi peperiksaan PMR, semua pelajar bercuti sekolah. Penyakit Pak Sahar tidak juga sembuh-sembuh. Nazar menjaga bapanya yang sakit dalam cuti sekolah. Keputusan peperiksaan akan diumumkan bila-bila masa dan semua pelajar tertunggu-tunggu.

Nazar sedih dengan kesihatan bapanya tetapi Pak Sahar menasihatkan Nazar supaya jangan bimbang akan kesihatannya. Nazar memberi jaminan akan belajar bersungguh-sungguh.
Nazar mendapat lima A dalam peperiksaan PMR. Nazar ditawarkan ke sekolah asrama penuh, iaitu Sekolah Tuanku Abdul Rahman di Ipoh. Dia terpaksa meninggalkan ayahnya dan lebih sedih meninggalkan Zainab.

Sebelum berangkat Zainab menghadiahkan kotak muzik kepada Nazar. Keluarga Pak Sehak dan ayahnya menghantar Nazar ke sekolah baru.

BAB 15

Di sekolah baru, Nazar mendapat ramai kawan yang datang dari seluruh negara. Namun Nazar masih teringatkan Zainab, ayahnya dan kampungnya walaupun sudah sebulan belajar di situ.
Jika kesunyian, dia membawa kotak muzik ke tempat yang jauh daripada rakan-rakannya. Nazar terhibur dengan muzik itu.

Pada suatu petang Nazar dikunjungi oleh pengawas asrama, Amir. Dia banyak memberi nasihat kepada Nazar mengenai kehidupan di asrama. Malam itu Nazar tidak dapat tidur. Tiba-tiba suara warden memanggil namanya. Rupa-ruoanya pak ngahnya sedang menunggu di bilik tetamu. Pak Sehak memberitahu Nazar ayahnya sedang sakit dan kini berada di hospital.

BAB 16

Rumah Nazar sangat sunyi kerana ibu bapanya telah meninggal dunia dan kini dia tinggal seorang diri. Nazar termenung di tangga rumahnya. Tiba-tiba Zainab datang untuk menjemputnya ke rumah. Nazar agak terkejut. Dalam hati, Nazar bertekad untuk menjadi seorang doktor dan mengubati orang senasib dengan ibu dan bapanya.

TEMA

Tema dalam novel Meniti Kaca ialah ketabahan dan kesabaran dalam menempuh pelbagai halangan hidup.

Dalam novel ini, Nazar tabah menempuh ujian iaitu terpaksa berdepan dengan ibunya yang nanar. Dia terpaksa berpisah dengan ibunya yang dihantar ke Hospital Bahagia untuk tujuan rawatan.

Selepas ibunya pulang dan masih tidak sembuh dari penyakitnya, Nazar masih menghadapi ujian kerana ibunya masih merayau-rayau di sekitar kampung. Akhirnya, ibunya hilang dan ditemui telah meninggal dunia.

PERSOALAN

Persoalan ialah permasalahan sampingan yang disampaikan oleh pengarang. Pengarang yang baik akan mengemukakan persoalan dalam dua cara iaitu secara tersurat dan tersirat. Intipati sesuatu persoalan lazimnya berkisar kepada tema dalam sesuatu novel serta tidak lari daripada keadaan budaya dan sosial masyarakat.

Melalui Meniti Kaca pengarang cuba mengajak pembaca mengungkap pelbagai persoalan yang boleh dibincangkan. Antara persoalan yang disentuh adalah mengenai kemiskinan sejagat, rasuah dan gejala social remaja seperti penagihan dadah dan sebagainya. Antara persoalan itu ialah seperti berikut :
PERSOALAN MENGENAI KEHARMONIAN HIDUP MASYARAKAT BERBILANG KAUM

Masyarakat berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan tolong-menolong antara satu sama lain.
  • Keluarga Ah Seong menunjukkan layanan dan sikap positif terhadap keluarga Pak Sahar yang banyak menghadapi masalah.
PERSOALAN MENGENAI SIKAP MASYARAKAT YANG SUKA MENUDUH TANPA USUL PERIKSA

Masyarakat yang hidup berjiran selalunya mengambil berat terhadap apa yang dilakukan oleh orang lain.
  • Nazar dan Zainab difitnah masyarakat kampung sedangkan hubungan mereka tidak melanggar keagamaan.
PERSOALAN MENGENAI KASIH SAYANG

Kasih sayang diperlihatkan dalam keluarga dan sesama rakan.
  • Nazar amat sayang akan ibunya kerana tidak sanggup berpisah dengan ibunya.
  • Nazar sayang akan sepupunya, Zainab dan sentiasa mengambil berat terhadap sepupunya itu.
WATAK DAN PERWATAKAN

PENGENALAN


Watak bermaksud pelaku atau orang yang memainkan peranan dalam sesebuah karya novel, cerpen, drama atau wayang kulit dan sebagainya. Dengan kata lain watak ialah tokoh-tokoh dalam cerita. Dalam sesuatu cerita manusialah yang menjadi pusat perhatian pengarang sesuai dengan pengertian cereka yang mencerminkan pengalaman peranan yang amat penting dalam sesebuah cereka kerana tanpa watak, maka mesej yang hendak disampaikan oleh pengarang gagal.

JENIS-JENIS WATAK

Dalam sesebuah cereka, watak dibahagikan kepada dua, iaitu watak utama dan watak sampingan. Watak utama mendapat perhatian yang menyeluruh daripada pengarang dan watak ini memainkan peranannya dari mula cerita sehingga kesudahan cerita. Watak inilah yang menghidupkan cerita atau menggerakkan plot cerita. Malah, pengarang memberi penghuraian yang terperinci tentang gerak laku dan sifat-sifat watak ini. Dalam menyampaikan mesej, watak utama mempunyai tugas yang tersendiri yang harus dipikulnya untuk menyampaikan tema, persoalan, amanat, pengajaran dan unsur moral kepada pembaca.

Manakala, watak sampingan hanya berperanan membantu watak utama dalam pengembangan plot cereka. Watak-watak ini tidak muncul dalam keseluruhan cerita, tetapi ditimbulkan sekali-sekala sahaja oleh pengarang. Dalam hubungan ini, cara pengarang mengemukakan watak-watak adalah secara langsung dan secara tidak langsung.
Perwatakan pula ialah sifat-sifat watak yang terdapat dalam cereka itu. Terdapat beberapa cara pengarang memperkenalkan perwatakan watak-watak dalam cerekanya. Antaranya ialah melalui reaksi watak-watak itu sendiri, hal-hal luaran watak seperti gambaran jasmani watak dan persekitarannnya, dialog watak, aksi watak, huraian watak dn pemikiran watak monolog dalaman , aliran bawah sedar dan sebagainya.

KAJIAN WATAK-WATAK

WATAK UTAMA

NAZAR
  • Merupakan anak tunggal Pak Sahar.
  • Ingin menjadi seorang doktor.
  • Seorang yang bijak.
WATAK SAMPINGAN

PAK SAHAR

  • Ayah kepada Nazar
  • Berusia dalam lingkungan empat puluhan.
  • Bertugas sebagai kakitangan kerajaan di Lumut.
MAHYUN
  • Ibu kepada Nazar.
  • Dikatakan sakit nanar sejak melahirkan anak keduanya.
  • Seorang yang cantik dan berkulit langsat, rambutnya mencecah bahu serta berlesung pipit.
  • Mempunyai suara yang lunak dan merdu.
ZAINAB
  • Merupakan anak kepada Mak Miah dan Pak Sehak.
  • Seorang yang cantik, ada lesung pipit dan sentiasa menarik perhatian di kalangan rakan sekelas dan juga Nazar.
AH SEONG
  • Merupakan anak kepada Kim Moi dan Ah Leong.
  • Jiran dan sahabat baik Nazar.
PLOT

PENGENALAN


Plot juga dikenali sebagai jalan cerita. Plot dalam sesebuah novel atau cerpen ialah rentetan peristiwa dalam sesebuah cerita. Biasanya peristiwa yang dipaparkan mempunyai hubungan yang rapat. Hubungan itu berlaku secara fizikal dan batiniah dalam sesuatu watak. Dalam hubungan ini setiap peristiwa dan gerak laku yang terjadi didasarkan sebab dan akibat.

Susunan plot atau jalan cerita lazimnya dipersembahkan dalam tiga peringkat. Peringkat pertama ialah pengenalan atau eksposisi, kedua; pertengahan dan ketiga; peleraian. Pada bahagian permulaan, pengarang akan memperkenalkan watak, masa dan tempat. Manakala pada bahagian pertengahan, digambarkan watak-watak akan menghadapi pelbagai konflik. Lazimnya konflik semakin rumit dan akan menuju ke peringkat klimaks atau kemuncak cerita. Pada bahagian peleraian, kemuncak cerita semakin menurun dan segala masalah telah selesai.

Bagi memastikan sesebuah novel itu menarik, pengarang akan memasukkan unsur ketegangan, misalnya pertengkaran, pergaduhan, percintaan, kemalangan, kematian dan sebagainya yang disampaikan dalam pelbagai cara dan kaedah. Hal ini penting bagi menjadikan novel menarik minat pembaca. Teknik penceritaan juga biasanya diolah dalam pelbagai cara, misalnya secara terus atau berurutan mengikut urutan waktu, konflik, saspens, kemuncak atau klimaks dan peleraian.

Kesemua unsur di atas mampu menjadikan plot cerita menarik dan memberi kesan mandalam kepada pembaca. Berbanding jalan cerita yang mudah dan tiada unsur saspens tentu akan menjemukan pembaca dan hambar. Berikut adalah teknik pengolahan atau penceritaan sesebuah novel.

PERMULAAN CERITA

Pengarang memperkenalkan watak-watak seperti Nazar, Mahyun dan Zainab.
  • Nazar pulang dari sekolah dan mencari ibunya Mahyun yang tidak ada di rumah ketika itu.
  • Mahyun menghidap penyakit nanar dan sering merayau ke rumah orang lain.
PERKEMBANGAN CERITA
  • Pak Sahar mengambil tindakan menghantar Mahyun ke Tanjung Rambutan bagi mengubati penyakit nanar yang sedang dihidapi oleh Mahyun.
  • Selepas beberapa bulan, Pak Sahar mengambil pulang Mahyun tetapi penyakitnya tidak sembuh.
  • Suatu hari, Mahyun hilang dan ditemui telah mati.
PERUMITAN CERITA
  • Nazar menghadapi pelbagai masalah seperti ketiadaan ibu dan ayahnya yang sering sakit.
  • Sementara itu, Zainab dilarang oleh ibu bapanya untuk belajar bersama-sama Nazar kerana penduduk kampung memburuk-burukkan mereka.
PUNCAK CERITA
  • Nazar dijemput oleh Pak Sehak dan beberapa orang lagi untuk melihat ayahnya yang dimasukkan ke hospital.
  • Sebelum Nazar sampai ke hospital, Pak Sahar meninggal dunia.
PELERAIAN
  • Nazar terus belajar di sekolah asrama penuh di Ipoh.
  • Dia hendak mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor untuk menyelamatkan orang yang senasib dengan ibu bapanya.
LATAR

LATAR TEMPAT
  • Halaman rumah Pak Sahar
  • Rumah Mak Miah
  • Kawasan belukar di tepi sungai
  • Bilik asrama, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh
GAYA BAHASA

SIMILE

  • Lama kelamaan wajah-wajah hilang bagai ketulan air batu yang mencair.
PENGULANGAN

Salah satu pengulangan anafora yang terdapat dalam novel ialah
  • Adakah ayah akan berkahwin lagi?
  • Adakah ayah sudah tidak sayang ibu lagi?
PERSONIFIKASI
  • Perasaan cemas mula bergayut di wajah Kim Moi.
  • Angin bulan Oktober yang lembab itu terasa menampar-nampar muka Ah Seong.
NILAI-NILAI MURNI

NILAI KEGIGIHAN
  • Mendedahkan kegigihan dalam menghadapi sesuatu situasi.
NILAI KERJASAMA
  • Wujudnya kerjasama di kalangan masyarakat kampung.
NILAI KEYAKINAN
  • Adanya keyakinan dalam usaha yang dilakukan oleh watak.
  • Nazar yakin akan mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan PMR.
NILAI KASIH SAYANG
  • Kasih sayang yang ditunjukkan sesama manusia seperti Nazar dan ibunya.
PENGAJARAN
  • Kita mestilah tabah dan sentiasa sabar menghadapi sesuatu dugaan seperti Nazar dengan kematian ibunya.
  • Kita mestilah tolong-menolong antara satu sama lain kerana ia merupakan amalan masyarakat yang baik.
  • Kita mesti bersimpati kepada orang yang berada dalam kesusahan untuk meringankan beban mereka yang bernasib malang.
  • Kita janganlah suka menfitnah orang tanpa usul periksa seperti penduduk Kampung Kota menuduh Nazar dan Zainab mempunyai hubungan sulit sedangkan mereka tidak berbuat demikian.
  • Kita mestilah rajin berusaha untuk mencapai kejayaan seperti kejayaan Nazar mendapat lima A dalam Peperiksaan PMR.