Friday, April 9, 2010

LIMPAHAN DARAH DI SUNGAI SEMUR

SINOPSIS KESELURUHAN

Novel Limpahan Di Sungai Semur merupakan biografi Jamaluddin Bin Mohamad. Beliau dilahirkan pada tahun 1916, di Batu 7, Kampung Kuantan, Kuala Lumpur. Jamaluddin memperoleh kasih sayang yang mencukupi daripada ibunya, Jamaayah Musa, dalam kehidupan keluarganya dalam keadaan kekurangan.

Apabila besar, Jamaluddin dihantar bersekolah rendah tidak jauh dari kampungnya. Dia merupakan seorang anak yang cergas dan sederhana dalam pelajaran. Selepas tamat persekolahan, Jamaluddin berangkat ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Pada tahun 1938, secara diam-diam Jamaluddin bersama teman-temannya menghadiri pemilihan askar Melayu. Tetapi dia gagal kerana saiz tubuhnya tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Setelah membuat latihan sendiri seperti bergayut di batang-batang pokok, akhirnya tubuh badannya menjadi tegap lalu beliau memohon sekali lagi untuk menyertai askar Melayu. Permohonannya diterima dan dia mengikuti latihan asas di Port Dickson dan diberi gelaran “ Budak Merah “.

Selepas tamat latihan, Jamaluddin ditugaskan dengan batalion pertama askar Melayu dalam kompeni C. Tugas pertamanya ialah menentang serangan tentera Jepun di Bukit Chandu, Singapura. Seterusnya, setelah British menyerah kalah, Jamaluddin meninggalkan pasukan tentera dan dia pulang ke kampungnya di Sekinchan, Selangor. Di kampung dia menjaga padi dan beras. Dia ditangkap komunis kerana dituduh sebagai tali barut Jepun, tetapi kemudian dibebaskan.

Apabila Jepun menyerah kalah, Jamaluddin kembali menyertai tentera. Dia dihantar berkhidmat di Kota Bharu. Tugasnya ialah menentang pengganas Komunis Bintang Tiga yang bergerak ke hulu Kelantan. Di bawah pimpinan Leftenan Hassan platun no. 12 kompeni D pasukan tiga rejimen askar Melayu seramai 26 oarang bergerak ke Pulai. Mereka terperangkap di Sungai Semur sehinggakan Leftenan Hassan terbunuh.

Koperal Jamaluddin mengambil alih tugas ketua. Platun terus berjuang. Ramai anggota tentera terbunuh dan cedera. Koperal Jamaluddin ditawan tetapi dibebaskan.

Keberaniannya dihargai oleh pihak British dan dianugerahi pingat ( DCM ) dan dinaikkan pangkat menjadi sarjan.

TEMA

Tema Novel Limpahan Darah Di Sungai Semur ialah keberanian dan semangat kepahlawanan askar Melayu dalam usaha mempertahankan negara daripada ancaman pengganas.

PERSOALAN

KETABAHAN MENGHADAPI DUGAAN

  • Jamaluddin bersungguh-sungguh mahu menjadi tentera walaupun pada peringkat awal dalam temuduga dirinya ditolak kerana bertubuh rendah, namun berkat kesungguhannya membuat latihan berbentuk fizikal, akhirnya tubuhnya tegap dan permohonannya diterima.
TANGGUNGJAWAB SEORANG PEMIMPIN
  • Askar Melayu mempunyai taat setia yang tinggi terhadap negara dan tidak sanggup berpaling tadah. Malah rela berkorban nyawa seperti ditunjukkan oleh Leftenan Hassan.
PENGHARGAAN PEMERINTAH TERHADAP PARAJURIT
  • Di atas jasa yang dicurahkan oleh Koperal Jamaluddin, kerajaan British telah menganugerahi pingat Distinguished Conduct Medal ( DCM ) dan dinaikkan pangkat sebagai sarjan.
KEKEJAMAN PEMERINTAHAN JEPUN
  • Dalam novel ini, tentera Jepun digambarkan kejam dan zalim. Mereka dengan mudah menembak pemuda-pemuda Melayu dan askar Melayu yang ditawan.
WATAK DAN PERWATAKAN

JAMALUDDIN

  • Dilahirkan di Kampung Kuantan di Kuantan, Kuala Selangor pada tahun 1916.
  • Ibunya Jamaayah dan ayahnya Mohamad.
  • Pelajar yang cergas dan sederhana dalam pelajaran.
  • Berbadan kecil dan petah bercakap.
  • Gigih mencuba walaupun gagal dalam temuduga kali pertama menjadi askar.
  • Mempunyai semangat perjuangan yang tinggi kerana bermati-matian menentang musuh.
  • Dianugerahi pingat keberanian tertinggi DCM dan pangkatnya dinaikkan menjadi sarjan.
JAMAAYAH
  • Ibu kepada Jamaluddin.
  • Menentang cita-cita Jamaluddin menjadi askar kerana tidak mahu Jamaluddin mati ditembak dan kerana inginkan anaknya itu menjadi seorang guru.
  • Penyayang dan seorang yang sabar.
  • Seorang yang mementingkan keselamatan anaknya.
MOHAMAD
  • Ayah kepada Jamaluddin.
  • Suka bercerita tentang kepahlawanan orang-orang Bugis kepada anaknya iaitu Jamaluddin.
  • Penyayang dan tidak menghalang cita-cita anaknya untuk menjadi pembela negara.
  • Seorang yang tahu serba sedikit tentang kepahlawanan orang-orang Bugis dan Hang Tuah.
LEFTENAN HASSAN
  • Mengetuai Platun 12 Kompeni D
  • Ketua yang berani, bertanggungjawab dan disenangi oleh anak-anak buahnya.
  • Mati ditembak oleh pengganas komunis.
  • Sanggup berkorban semata-mata untuk mempertahankan tanah airnya.
  • Seorang leftenan yang cekap dan berani melaksanakan tugas.
LATAR

LATAR MASA

  • Dari tahun 1916 hingga 1967.
  • Zaman penjajahan British, zaman penjajahan Jepun dan zaman selepas merdeka.
LATAR MASYARAKAT
  • Masyarakat kampung yang berbilang bangsa.
  • Tentera Komunis dan askar Jepun
PLOT

PERMULAAN

  • Jamaluddin bin Mohamad dilahirkan
  • Jamaluddin bercita-cita menjadi askar
PERKEMBANGAN
  • Jamaluddin menghadiri temuduga untuk menjadi askar melayu
  • Jamaluddin diterima menjadi askar melayu selepas dua kali ditemuduga
PUNCAK ( KLIMAKS )
  • Pertempuran sengit berlaku di Sungai Semur antara askar Melayu dengan pengganas komunis.
PELERAIAN
  • Jamaluddin dianugerahi pingat keberanian tertinggi DCM dan pangkatnya dinaikkan menjadi sarjan.
GAYA BAHASA

PENGGUNAAN BAHASA ASING

  • Bahasa Inggeris : Nation, Machine Gun
  • Bahasa Arab : Al-Fatihah, Syahid
LOGHAT CINA
  • “Kenapa lu olang tidak mahu selah dili ha ?” tanyanya dengan suara meninggi.
PERIBAHASA
  • Putih mata
  • Mati katak
NILAI

KASIH SAYANG

  • Jamaayah sangat sayang akan Jamaluddin
TABAH DAN GIGIH
  • Jamaluddin tabah menjalani latihan rekrut yang begitu berat.
BERANI
  • Jamaluddin berani menentang pengganas komunis di Sungai Semur.
CINTA AKAN NEGARA
  • Jamaluddin menentang bermati-matian untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh.
BELAS KASIHAN
  • Semasa bertugas menjaga beras di Sekinchan, Jamaluddin tidak menyerahkan seorang Cina yang mencuri beras kepada askar Jepun.
PENGAJARAN
  • Kita hendaklah cinta akan tanah air.
  • Kita harus mempertahankan negara daripada ancaman musuh
  • Pengorbanan askar melayu yang sanggup menggadaikan nyawa wajar dikenang oleh generasi sekarang.
  • Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita murni
  • Kita hendaklah sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada Allah.
  • Kita harus tabah menghadapi apa-apa juga rintangan atau cabaran kerana sikap itu akhirnya akan membuahkan kejayaan.
BIOTADA PENGARANG

Zakaria Salleh dilahirkan di Taiping, Perak. Beliau memperoleh pendidikan awal di Taiping. Beliau berkhidmat dengan Angkatan Tentera dengan pangkat Mejar sebelum bersara pada tahun 1994.

Dalam dunia penulisan, beliau mula menulis pada tahun 1970-an. Karya awalnya berupa pantun, puisi dan cerpen. Selepas itu, beliau mula menghasilkan novel, buku biografi dan skrip drama radio dan televisyen.

Kebanyakan karya beliau berunsur semangat perjuangan dan patriotik. Antara karya beliau ialah Malam Berapi Di Kalabakan, Pahlawan Gubir dan Biografi Seorang Jeneral ( Tan Sri Abdul Hamed ). Beliau kini bertugas sebagai Pegawai Bentara d
i Parlimen Malaysia.

6 comments:

  1. nk tnya sket..dlm simpanan awak ada gambar lokasi kejadian nie tak? kalu ada minta tlg email pd saya dahakaprince@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Arwah atuk sy salah seorang askar yg trlibat dlm petempuran nie

    ReplyDelete
  3. Casino Hotel Near Chicago | JTG Hub
    Find out where to stay near Casino Hotel 김해 출장마사지 near 포항 출장안마 Chicago, 원주 출장샵 IL and other great entertainment from 남원 출장샵 JT Hub. Explore reviews, find coupons & 아산 출장샵 read 3047 reviews.

    ReplyDelete